Thursday, April 24, 2014

Hard Rock Cafe Melaka

Hollaaaa~

Ni first time aku duduk makan di Hard Rock Cafe. Sebelum ni nak try tapi asyik ada halangan je. Jadi, sempena birthday aku yang akan mendatang kali ni, apa salahnya pergi makan best2 kan. Plus, aku dapat kupon birthday sempena VIP Rewards membership. Oleh sebab kami ada gathering dengan rakan2 pengumpul pin Hard Rock, maka kami bersetuju untuk berkumpul di Hard Rock Cafe Melaka yang terletak di Jonker Walk.

Setibanya di sana, restoran masih belum dibuka dan kami lepak dahulu di The Rock Shop. Since takde pin baru, so aku tak beli apa2 pun. Tepat jam 11.30 pagi, tiral pun dibuka dan kami telah memilih untuk duduk berhampiran dengan stage, sedikit jauh daripada orang lain supaya kami boleh bokbek2 lebih sikit.

Selain daripada menu barat, terdapat juga menu tempatan seperti nasi goreng, asam pedas dan juga cendol. Aku memilih untuk mencuba New York Strip sebab waiter tu cakap memang puas makan tu. Harga RM88 ye. Pitam jap. Menu lain termasuklah Hickory BBQ Chicken, Macaroni & Cheese, Legendary burger dan beberapa hidangan lain. Menu lain harganya less than RM50, cuma NY Strip je mahal sikit.

Muka depan

dalam restoran

stage

Masih kosong

Berrylicious


NY Strip

Hickory BBQ Chicken

Chicken breast apetah..

Mac & cheese with garlic breads

Our food

Legendary burger




Minuman pula terdiri daripada jus, soft drinks dan juga smoothies. Aku cuba Berrylicious iaitu gabungan berry dan jus oren. Sedap jugak. Segelas berharga RM25. Sekian.. Terdapat juga kudap-kudapan seperti nachos (big enough for everyone katanya) for RM45. 

Aku rasa NY Strip kat sini lagi puas makan compare to TGI Friday sebab portion lebih besar. Hari tu pergi TGIF dengan Badd, kecewa betul dengan makanan dia. Makanan kat Hard Rock ni bagi aku memang sedap. Terbaik dari ladang. Sesuai dengan harganya yang 'up'. Sekali setahun boleh la makan kat sini. Setiap bulan is a big no no, pokai nanti. Kui3. Lama jugak kami lepak kat sini, almost 5 hours sebab busy dok main board games. Sampai waiter2 kat situ pun terkesima sebab nak join tapi tak boleh sebab on duty. hahaha..

Berkenaan dengan kupon birthday tu, bila beli entree boleh dapat desserts free. Aku pilih hot fudge brownie. Memang terbaik! Besar dan mengenyangkan. 




Tapi saat yang paling aku tak lupakan, semua dalam Hard Rock tu nyanyi lagu birthday untuk aku. Brownie aku pun dia letak lilin 2 batang. Terharu sangat! :)


happy kid got his birthday cake.. lol

tak cukup korum..


Ok, itu saja. Kbai




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited